Rabu, 20 Agustus 2014

Barani berbuat berani berindak

Pada suatu hari ada sebuah Negara yang letak geografis nya sangan strategis dengan perdagangan internasional, mempunyai sumber daya alam yang melimpah dan termasuk Negara yang bias berdiri mensejahterakan rakyat nya. Tetapi itu semua berbanding tebalik dengan apa yang terjadi dalam Negara tersebut. Mayoritas rakyat Negara tersebut miskin, buta huruf dan tak berpendidikan. Dikarnakan pemimpin Negara trsebut tidak mempedulikan rakyatnya, malah mereka mementingkan kepentingan pribadi dan kelompok sehingga banyak terjadi KKN dalam setiap lingkup kenegaraan.

Rakyatnya pun tidak berani melawan ‘’ sang pemimpin ‘’, dikarnakan razim otoriter yang di terapkan dalam Negara tersebut, padahal dalam UUD Negara tersebut dasar Negara yang dipakai yaitu demokrasi.

Dia menyembah sesuatu yang aku tak sembah. Dan aku menyembah Allah yang dia tak sembah.

Makcik India sama menjadi konduktor bas sekolah yang berjalan kencang pagi-pagi buta menuju ke pekan. Sesudah aku turun dari bas, murid tadika lain juga berpusu menuju ke kelas. Di situ aku dikelilingi kanak-kanak Cina yang memakai gaun dan skirt. Tidak lama sesudah itu, muncul Cikgu Perempuan Cina mengajar kami eja mengeja.Kami kadangkala menyanyi dalam inggeris dan mandarin. Aku sedar majoriti manusia di sekelilingku waktu itu adalah Non Muslim. Jika tidak Kristian, mereka beragama Buddha.

Mereka menyembah sesuatu yang aku tak sembah. Dan aku menyembah Allah yang mereka tak sembah.

Dua tahun dalam suasana itu, kami sekeluarga berkelana ke pekan yang lain. Kali ini aku bersekolah dengan songkok dan butang baju hingga ke tengkuk. Aku bangga sebegitu, kerana ia sebahagian cara menampakkan diri sebagai Muslim. Dan waktu itu majoriti dalam kelasku dan yang mengajarku adalah Muslim. Walaupun yang bersongkok hanyalah beberapa kerat kanak-kanak seumpamaku saja. Aku kini bersama Muslim.

Mereka sembah Allah yang sama aku sembah. Dan aku menyembah Allah yang sama yang mereka sembah.

Hampir sama dengan waktu dulu, dua tahun berikutnya kami sekeluarga berkelana lagi ke negeri sebelah. Di sini, aku menghadapi cabaran untuk memahami. Majoriti mereka adalah Muslim tetapi bahasa dan gaya bercakap mereka berbeza. Dalam pertumbuhan aku lewat umur kanak-kanak sekolah rendah, aku mula mencari erti aku sebagai Muslim.

Aku waktu itu,masih tergagap membaca jawi apalagi untuk membaca alQuran dengan tajwid dan makhraj yang betul. Namun peperiksaan pendidikan Islam tak pernah aku kurang 90% markah. Berbeza dengan aku, rakan sebaya semua ke sekolah agama di sebelah petang. Kadangkala aku cemburu tak dapat bersama mereka. Aku rasa aku akan kurang Muslim tanpa sekolah agama.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar